begin again





Hello friday

for the first time in a very long time. aku rasa nak "mula balik"

sebenarnya bila aku fikir balik. even dah masuk tahun ke 2 putus. EX-BOYFRIEND aku paling latest sekali -----izzat.


lepas break dengan izzat dulu, aku dah malas nak jadi milik orang, atau jadikan someone tu milik aku. you know, selama ni aku cuma berani ada crush dekat someone. aku set kan kepala aku untuk fikir yang;



(TEMAN TAPI MESRA)
Together forever
bila kau dan dia cuma Teman Tapi Mesra (TTM) kita tahu dari awal yang dia bukan kita punya. so kalau dia tiba-tiba nak hilang atau kau tiba-tiba ter-tak ada feeling dengan dia. kau dengan dia boleh stop macamtu je. tak ada siapa nak marah, kau sendiri akan rasa bodoh bila rasa kecewa. tipu lah tak sedih langsung, tapi... kau tahu dia bukan kau punya. so if dia blah macam tu je pun nanti, kau tak boleh nak kata kau sedih sebab "dah break". ataupun if dia tiba-tiba suka orang lain ----kau tak boleh cakap yang "dia curang" or "perempuan tu rampas dia dari aku" sebab dia bukan kau punya.





 (CRUSH)
Good Dream :)
dan bila bagi kau dia cuma crush. kau hanya akan rasa happy happy je sebenarnya. happy bila dia tegur kau. happy bila ternampak dia dari jauh. happy bila rasa macam "alahai takdirnya" "ada jodoh ni" bila jadi benda-benda kecik. contoh macam "kebetulan pakai baju warna sama" "kebetulan rumah sukan/unit uniform sama" "terserempak dekat kantin" benda benda bodoh macam tu akan buat hati kau berbunga-bunga bahagia. itu maksud crush sebenarnya. crush ialah bila kau masih di tahap SUKA dekat dia. rasa INTERESTED dekat dia. mungkin sebab dia handsome, maybe sebab dia sweet talker.





 adoringskins: ☺ Skins Blog ☺-NOT MINE.  | via Tumblr
tapi -----bila kau dah mula cintakan dia. bila hati kau dah mula jealous. itu bukan lagi dipanggil crush. itu dah lain.






...


sejujurnya berdasarkan pengalaman. hati aku sentiasa pesan:

"cukuplah. berhenti jadikan seseorang tu dunia kau"


bukan aku nak kata yang pengalaman bercinta aku sebelum ni teruk.

tak. langsung tak.

in fact, bagi aku itu salah satu benda paling indah pernah jadi dalam hidup aku. doesn't mater how it ends, yang penting cerita di sepanjang perjalan aku dan dia dulu.

sebenarnya aku dah lupa. lupa apa rasa bila "bercinta" 
setahun ni, aku cuma berani "mencintai" orang yang aku tahu tak akan jadi milik aku. one sided love. lagi aku tahu aku tak akan dapat dia, lagi aku berani sayang dia.

bagi aku, itu cara nak selamat kan hati aku.
mencintai orang yang tak mencintai kita.

Untitled

sebab -----

penat sebenarnya bila sayang sama sayang.
kau akan jadikan dia dunia kau. kau akan rasa nak "miliki" semua tentang dia.
kau akan jadi tamak setamak-tamaknya. tak cukup hanya dengan kau tahu dia sayang kau.

kalau boleh -----

mata dia kau nak sentiasa melekat dekat kau.
twitter dia kau nak sentiasa update hanya tentang kau.
kegunaan phone dia tu hanya untuk text/call kau.
hidup dia kau nak hanya berkisar tentang kau.
benda benda bodoh pun boleh buat kau jealous, menangis, sakit hati.

kau akan rasa nak tahu apa dia rasa, apa dia fikir, apa dia sembang bila dengan kawan kawan. bila kau tak tahu semua tu  ---- kau bengang.


letih kan semua ni?



sebenarnya. jujur kata lah kan.

masa perkenalan ni lah yang paling indah.


masa kau rasa terbang terbang bila dia curi-curi usha kau.
bila telinga kau merah masa first first dia panggil kau sayang.
lepastu acah acah dia tu kita punya.


rasa insecure sebab cintakan orang yang kita tak boleh panggil

"dia hak aku. kau jangan sentuh"


it's not that bad you know...


untuk kenal a complete stranger dari awal.

bermula dengan "eh,hi!"



sampailah one day nanti kita akan sedar yang slowly kita mula kenal siapa sebenarnya dia.



macamana suara dia bila dia sebenarnya mengantuk ---tapi taknak letak phone sebab still nak sembang dengan kita.

macamana senyuman dia bila dia malu-malu kucing masa first time jumpa.

macamana awkward-nya dia senyum masa first time tangkap gambar berdua.

apa dia selalu ucap bila nak end call/text.

macamana dia sebenarnya nak focus tengok bola ---tapi taknak berhenti texting lepastu end up reply lambat-lambat. 

macamana first time dia tunjuk yang dia jealous -- tapi acah acah cover bila dia sedar yang kau bukan dia punya.


how nice it feels bila dia share secrets dia dengan kita. kongsi problem dia dengan kita. cerita apa yang jadi dekat dia sepanjang harini.

seronok bila kita kenal dia sendiri. tahu every small details of him sendiri.



"makan lah sikit, lapar nanti"
"tidur awal tau malamni, esok mengantuk dekat sekolah"

"jangan lupa baca doa, kunci pintu before tidur"
"so,what happened today?"

"jangan lah rapat dengan dia.... jealous tahu tak"
"goodnight sayang"
"i love you"

aku sebenarnya dah lupa how nice it feels bila dengar benda benda macamtu.
small little things yang orang cakap tapi buat kita rasa.. di-lindungi.

Untitled

ah, aku hampir lupa cara nak "bercinta"
tapi mungkin -----dengan Nazafe aku akan belajar semula perlahan-lahan.

mungkin dengan dia aku nak stop selamat kan hati aku.
mungkin dengan dia aku taknak sekadar TTM or Crush.
mungkin dengan dia aku nak buat benda-benda yang meletih kan tu lagi sekali.


maybe ----- for the first time in a while.

aku nak mula "bercinta" semula.


                        https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/v/t1.0-9/1958212_10201724868904971_1060261118_n.jpg?oh=f7b6822a9fb407ed98164e381ef3e51d&oe=53B3035E&__gda__=1403873131_922488054c520b5dd9d019808cb70dab
















1 comments:

seriamelia. Powered by Blogger.

Featured Post

Do you know how can i tell when you are sad?

"Do you know how can i tell when you are sad?" How? Did you know when you are sad, you tend to smile smile a lot mo...