sayang, saya nak bawak awak jumpa ibu




"sayang, saya nak bawak awak jumpa ibu" 




is probably the most responsible word that a boy can say towards his girl.
mungkin kau rasa kau paling sayang dia. kau paling kenal dia. kau paling tahu dia macamana. tapi, ada seorang lagi perempuan yang lebih sayang dia, lebih kenal dia, lebih tahu dia macamana lebih dari kau; his mom. and the fact that he wants to introduce you to that special woman, is every girl's dream.

mama selalu pesan, "cari lelaki yang layan mak dia macam queen so that dia akan layan kakak macam princess"

dan opah selalu cakap "cari lelaki yang dahulukan mak dia lebih dari diri dia sendiri. lelaki macamtu tahu cara nak hormat perempuan, tahu cara nak jaga perempuan."


ever since sebelum aku kenalkan dia dengan family aku, dia dah bersuara nak bawa aku jumpa ibu. mula-mula banyak alasan aku bagi bukan sebab tak suka. but i was having second thought sebab jarang lelaki nak bawak his girl jumpa family dia kalau dia tak serious. sebab masatu baru lagi, and i don't want him to rush things. aku nak dia kenal aku dulu, dan kalau betul dia nak take another step dalam relationship ni. i'm willing to meet his mom. dan aku nak dia sedar yang kalau both sides of family dah kenal each other, hubungan kitorang akan lagi serious. tak boleh nak patah balik, tak boleh nak pause, tak boleh nak tiba-tiba sedar yang kitorang sebenarnya tak boleh go on. tak boleh nak tiba-tiba takut sebab dah terlalu serious. sebab tu---- aku nak kitorang berdua pastikan betul-betul yang relationship ni boleh go on sebelum take it to another step.








but as time goes on dan dah berkali kali aku bawak dia jumpa family aku. solat aidilfitri dengan family aku, balik tu terus datang rumah sekejap. petang raya pertama dia siap raya dekat kampung aku. sampai family aku sendiri suruh aku jumpa family dia pulak. i think it's time. so on the third day of aidilfitri, i told him i wanna meet his mom. he's more than excited. i was wearing coral pink jubah and flower shawl.


dari pagi tadi practise senyum sebab muka dah kebas semacam nervous. thank god, adi sanggup teman atleast tak ada lah aku sorang-sorang and if it's get awkward tak ada lah terus diam.

paling comel sebelum nak keluar rumah mama, abang dengan adi semua pakat tolong aku pilih baju apa nak pakai, apa nak cakap, apa nak buat. mama siap bagi tips lagi."nanti tolong lah mak dia dekat dapur even mak dia kata tak payah. i'm a mom so i know" i keep that in mind sambil bawak kuih-kuih raya yang aku buat dalam bekas. kalini, i brought it for his mom sebab setiap kali bagi dekat dia mesti dia yang habiskan tak sempat sampai dekat tangan ibu.

sepanjang perjalanan aku terfikir macam macam. "what if ibu dia tak suka aku?" "what if i messed up?" my self esteem went down sampailah dia kata "don't worry sayang, ibu mesti suka awak punya" like seriously, words from him boleh boost up my confidence dalam sekelip mata.









bismillah..

sebelum sampai muka pintu aku jenguk kepala tengok ibu tengah senyum. i took a deep breath, senyum then salam tangan ibu. you have no idea how shocked i was masa ibu dia tiba-tiba peluk aku cium pipi kiri pipi kanan. she got a warm side of her sampai buat semua berdebar nervous tadi melayang hilang.

"ni seri ada buatkan kuih raya sikit untuk makcik"  his mom's first reaction was the best "elpin selalu bawak balik kuih seri buat. rajin seri baking. selalunya dia hadap sorang makcik tak sempat nak rasa pun seri" she creates a comfortable feeling as soon as i entered the house.

when his mom went to the kitchen, i took a deep breath. berdiri tanya dia mana arah dapur. adi and elpin was laughing so hard tengok muka pucat aku tahan nervous. elpin dah cakap awal-awal dia taknak tolong aku apa-apa. semua bergantung dekat diri sendiri sebab masa turn dia jumpa family aku dulu, aku biarkan dia terkongtang kanting sorang-sorang. so i guess it's his pay back.

pelan pelan melangkah masuk dapur, senyum tanya soalan cliche "ada apa-apa seri boleh tolong?" and as usual his mom mesti cakap "eh pergi lah depan tak ada apa-apa ni sikit je ni" thank god mama's word melekat dalam kepala even nervous time tu. so i insisted on helping her thus she gave me a jug of water nak bawak pergi ruang tamu. masa tuangkan air dalam gelas, his mom asked nak makan bakso ke tidak. belum sempat aku jawab adi dah angguk dulu. so again, aku ikut ibu pergi dapur sediakan makanan.

"dia tu jenis yang tak makan sayur. so lepasni kalau nak masak untuk dia jangan masak letak sayur ye seri" 
 
"elpin suka sangat kek coklat. nanti kalau seri nak bake untuk dia, bake je cake coklat. mesti dia habiskan sekali hadap"

do you know how cute it is bila ibu dia macam nak aku tahu semua tentang dia. it was the best feeling ever.

sambil makan elpin pandang aku sambil senyum. aku senyum balik tunduk hadap makanan. terus ibu dia perli "eh elpin taknak suapkan ke?" hampir tersedak dibuatnya aku dengan dia serentak. "elpin okay je bu, takut dia yang malu"  memang nampak yang dia rapat dengan ibu. sambil tengok aku makan ibu dia tanya lots of things about me and my family. dan bila aku cerita, ibu dia dah macam tahu semua. simple things yang aku perasan macam

"eh bukan seri asal terengganu ke?"

"oh tahu-tahu. rumah belakang zaaz je kan? nanti jemput lah datang rumah ni lagi dah tahu jalan. asyik elpin je pergi sana. asal menghilang je dah tahu dah pergi ke mana"

tak berkelip mata aku fikir macamana ibu dia tahu semua tu sedangkan aku tak pernah mention apa pun. so then, he wasn't kidding bila dia pernah cakap yang dia selalu cerita pasal aku dekat ibu dia. that is so damn sweet i can't even...

lepas makan aku kutip cawan pinggan yang ada atas meja bawak pergi dapur basuh. sebab dah diasuh dari kecik lepas makan terus buat macamtu, aku dah terbiasa. even segan nak pergi dapur, lagi segan bila tinggal pinggan atas meja macamtu. so girls, take notes! jangan anggap diri macam tetamu bila tuan rumah dah layan kita macam keluarga. sambil basuh pinggan sambil dengar ibu dia membebel dekat dia on how lazy he is nak angkat pinggan pergi dapur pun susah inikan pulak nak basuh. tahan gelak aku sambil basuh pinggan. she laughs and playfully kenakan elpin as if they're friends. 

lepas dah pergi ruang tamu ingat nak siap-siap nak balik sekali -----

hujan.

memang timing terlalu perfect sampai aku tak tahu nak cakap apa. mula-mula ingat nak redah sebab dah sejam duduk rumah dia and hujan pun baru gerimis. ibu dia berkali-kali suruh aku stay dulu tunggu hujan reda takpun suruh elpin hantarkan balik naik kereta. but i insisted on going back taknak susahkan sesiapa. tapi tiba-tiba pap! guruh. hujan turun selebat-lebatnya. finally i gave up and said "takpelah, tunggu hujan reda dulu. seri stay yea" his mom goes like "alhamdulillah" lepastu senyum dekat elpin. tergelak aku tengok dua dua.

sambil tunggu huja reda aku perhati gambar-gambar dekat dinding. ada gambar dia masa kecik-kecik muka macam cina and i can't stop smiling. tiba-tiba ibu dia cakap 

"haa, itu elpin masa umur 6 tahun. nak tengok gambar dia masa baby?"

i can't help but laughing bila ibu dia bawak keluar album gambar masa dia umur setahun. setiap gambar ibu dia terangkan 

"ini gambar elpin dengan arwah ayah dia"

"yang ini pulak masa dia cukur jambul"

"hah, masa kecik-kecik dulu basikal dia sampai 6! semua habis rosak"


dan sepanjang tunggu guruh bertukar gerimis..
ibu dia cerita a lot of things tentang dia yang aku tak pernah tahu. macamana perangai dia masa kecik-kecik. macamana keadaan dia masa membesar. macama dia bila dekat rumah. apa dia buat bila balik sekolah. apa yang dia suka. apa yang dia tak suka. apa perangai dia yang dah berubah dari kecik sampai besar. apa perangai dia yang tak ubah-ubah sampai sekarang. macamana masa kecik-kecik dulu dia suka kena buli dengan orang sebab tak sampai hati nak pukul balik. dah besar dia pulak yang buli orang. semua mak dia cerita.
tak boleh berhenti senyum dengar semua yang ibu dia perli dia, yang ibu dia puji dia, yang ibu dia mengadu dekat aku. dan itu kali pertama aku boleh bersembang dengan ibu boyfriend aku sampai macamtu.

sebelum balik elpin sempat pesan suruh tengok twitter. dan sebelum balik aku sempat tangkap gambar berdua dengan ibu. his mom was excited sambil cari tudung nak pakai.
and finally, bila nak mintak diri tu ibu dia cium pipi aku sekali lagi masa salam.  


it was a wonderful feeling.

dah sampai rumah the first thing dia text aku is "ibu suka awak"  terus hilang semua negative thinking dalam kepala yang aku fikir dari tadi. 


"sayang, awak nampak cantik harini" you know. ada orang pernah cakap dengan aku. cari someone yang bila dia kata kau cantik ----kau percaya dia. sebab dia bukan cuma cakap. dia buat kau rasa kau cantik. do you even know how hard it is untuk seorang perempuan percaya bila orang puji dia? susah. a normal teenage girl akan ada low self esteem when it comes to their look. but honestly, with him... for the first time ever. aku percaya yang aku cantik sebab dia buat aku rasa aku macamtu. cara dia pandang aku like i'm the only girl in the whole wide world. dan cara dia tenung aku seolah takut aku hilang walaupun aku ada depan mata dia. makes all my insecurities gone sekelip mata.







anyway, i came home. open my twitter and guess what i saw?



dia suka ambik gambar aku senyap senyap. that's cute tbh hahaha



dan bila dia kata aku perempuan first dia bawak jumpa ibu dia. i can't help but feeling so proud. rasa bangga bila tahu kita yang pertama. it's nice being introduced as his girl to his family instead of pretending being just friends. bagi aku lelaki yang berani cerita dekat keluarga dia about his girl, dan masa kenalkan dia tak cakap "ni kawan" memang jenis yang berani gila.





end













1 comments:

seriamelia. Powered by Blogger.

Featured Post

Do you know how can i tell when you are sad?

"Do you know how can i tell when you are sad?" How? Did you know when you are sad, you tend to smile smile a lot mo...