sebab kau sibuk mengenangkan "lelaki tu" yang dah pergi



BILA KAU DAH TAK CINTAKAN LELAKI TU

#I #Forgot #How #To #Live #Heart #Pain #Love #Sucks #Life #Live #Couple #Hate

kau akan sedar ramai rupanya.
manusia sekeliling kau yang sayangkan kau.
jenis sayang yang tak akan hilang.

walaupun tanpa cinta.






http://data2.whicdn.com/images/99774666/large.jpg

bila kau dah tak sentiasa fikirkan "lelaki tu" seorang.
kau akan mula fikir tentang orang-orang sekeliling kau.
kau akan sedar yang bukan kau seorang yang ada masalah sekarang.
perhati riak muka kawan kawan kau, mak ayah kau
apa betul senyuman mereka bukan palsu? 






.

bila kau dah tak sentiasa pegang handphone.
untuk tunggu dia teringatkan kau.
kau akan sedar,
orang-orang dekat sekeliling kau sentiasa menanti panggilan kau.
kau cuma perlu menegur,
dan kau akan tahu, betapa cepatnya mereka balas
sebab rupanya mereka juga rindu tapi takut nak tegur







bila kau dah berhenti bercakap tentang "lelaki tu"
kau akan sedar,
banyak benda yang kau boleh bercakap dengan orang lain
tanpa sebut nama lelaki tu
dan banyak benda yang kau dah ketinggalan. cerita tentang orang-orang sekeliling kau. sebab kau sibuk bercakap pasal dia. hingga lupa orang lain pun ada benda untuk dikongsi.







http://data1.whicdn.com/images/100914684/large.gif
dan bila kau dah berhenti bersedih.
dengan alasan "lelaki tu" dah pergi.
kau akan sedar,
ada banyak benda yang boleh buat kau gelak sampai sesak nafas dalam dunia ni.
ada banyak manusia yang sanggup buat kau senyumtanpa minta balasan
kau cuma perlu beri peluang
untuk diri kau ----bahagia.
tanpa dia







bila kau dah berhenti jadikan "lelaki tu"
------dunia kau
kau nampak bulan ----kau ingat dia
kau nampak bintang ----kau teringat kenangan
bila hujan ----kau menangis.
celik kan mata kau. lihat sekeliling kau.
dan cuba ---bernafas.
kalu lupa. yang dia bukan dunia kau.
lelaki tu hanya secebis dari kisah kau.
betapa indah dunia ciptaan Allah yang kau butakan mata untuk lihat
sehingga kau kata dunia kau musnah
tanpa dia






Pin by Giss Contreras Leiva on Laotong: We'll fly higher than the clo…
bila kau rasa kau sunyi tanpa "lelaki tu"
perlahan-lahan kawan-kawan kau yang tiba-tiba lenyap masa kau belajar bercinta dulu datang semula. dan kau akan sedar, bukan deorang yang hilang.
engkau yang ketepikan mereka. 





kau akan mula sedar.

ada banyak benda tengah berlaku dekat orang-orang sekeliling kau.










Friends are like walls; sometimes you lean on them and sometimes it s enough just to know they are there.
kawan baik yang kau ketepikan masa dunia kau hanya ada lelaki tu dulu.
rupanya baru tolak cinta pertama dia.
dia rahsiakan benda ni dari kau, bukan sebab dia nak ketepikan kau.
tapi sebab dia taknak kau rasa dia boleh bahagia, 
sedangkan engkau baru lepas putus cinta.

kau bukan tak peduli semua tu.
tapi kau tak tahu.

sebab kau masih mengenang "lelaki tu" yang dah pergi.











budak lelaki yang dalam diam dari dulu
ada hati dekat kau.
rupanya dia baru nak move on, dia baru nak buka hati dia pada orang lain.
tapi lepas tahu engkau baru putus cinta.
dia mula mengharap dalam diam semula.
dia bukan tak berani nak luahkan cinta pada kau, cuma dia masih menunggu.
menunggu engkau pulihkan kepercayaan pada cinta.


tapi kau cuma anggap dia sebagai kawan.
alasan kau ----dia terlalu baik untuk kau.














kau bukan tak peduli semua tu,
tapi kau tak tahu.

sebab kau sibuk mengenangkan "lelaki tu" yang dah pergi.







https://24.media.tumblr.com/d010d031f342e58447e7d106403d1f04/tumblr_msell7yVVg1snbkyxo1_500.gif
budak-budak sekolah kau yang tak berani tegur kau selama ni
dalam diam ambil tahu perkembangan hidup kau
kau anggap mereka menyibuk. padahal deorang cuma ambil berat.
sebab dunia kau hanya ada lelaki tu
kau tak peduli dengan orang lain.
rupanya mereka dah lama nak sama-sama gelak ketawa dengan kau.
dan walaupun selama ni kau hiraukan kewujudan deorang
sikit demi sikit mereka mula berbalas senyuman

kau bukan tak peduli semua tu
tapi kau tak tahu

sebab kau sibuk mengenangkan "dia" yang dah pergi









mak kau yang dulu kau buat endah tak endah apa dia cakap
sebab bagi kau "lelaki tu" lah yang utama
dan bila lelaki tu dah pergi
kau lagi ketepikan ibu kau. 
kau fikir apa yang mak ayah kau tahu pasal hati kau?
rupanya dalam diam ibu kau sedih, 
sedih tengok anak perempuan dia kata cinta tak wujud
sedangkan mak dan ayah kau besarkan kau sampai sekarang atas dasar cinta












dan kau nak tahu apa yang paling penting?


kau bertuah kalau semua dekat atas ni terjadi pada kau.
macamana kalau orang-orang dekat sekeliling kau.

ramai-ramai hiraukan kau bila lelaki tu dah pergi.
macam bila kau hiraukan mereka masa kau ada lelaki tu dulu.




tapi tak.

dunia sekeliling kau tak akan buat macamtu.
engkau yang rasa kau sorang-sorang lepas putus cinta.

padahal semua orang dalam diam support kau dari belakang.


apa yang kau perlu buat,

lupakan lelaki yang dah pergi tu.

dan buka mata luas-luas.

tengok apa yang terjadi dekat manusia-manusia sekeliling kau.



sebab walaupun ini dunia kau, 
dunia itu tetap bukan untuk kau seorang.















seriamelia. Powered by Blogger.

Featured Post

Do you know how can i tell when you are sad?

"Do you know how can i tell when you are sad?" How? Did you know when you are sad, you tend to smile smile a lot mo...