broken



you know, bila hati seseorang pernah hancur. akan ada part dalam diri dia yang turut sama hilang. akan ada sebahagian hati dia yang lenyap. bukan bermakna dia tak cintakan kau. tapi mungkin saat dia betul-betul sakit dulu, hati dia dah decide untuk buang segala macam rasa yang ada dalam tu kecuali cinta dia pada kau. dia lupa cara nak gelak dan senyum cause she's really happy. dia lupa cara nak percaya orang dan dia lupa cara nak jaga perasaan orang. she wants to be happy tapi suara dalam fikiran dia yang selalu tambahkan her insecurities; "dia akan blah kenapa kau taknak dengar cakap aku" "kau nak rasa sakit macam haritu?" "apa kau nak buat kalau dia pun sama macam yang lain?"  she's not okay at all tapi cuba acah macam she's fine. kau boleh tahu. kau cuma perlu perhati. cara senyuman dia terus mati bila tak ada orang yang pandang. macamana setiap jawapan pada soalan kau jadi makin pendek dan macamana ketawa dia makin terpaksa hari demi hari. sometimes, kau akan terperasan seolah-olah pandangan dia jauh melayang entah ke mana and when you ask why dia akan geleng dan senyum. seolah-olah she's gone. lost and alone. dan bila kau perasan dia tenung kau, mata dia seolah-olah tengah menangis tanpa air mata.






kau mungkin akan perasan sedikit demi sedikit dia jauhkan diri dari kau; atau mungkin semua orang. bukan sebab dia tak sayang. tapi sebab dia penat nak berlakon seolah-olah dia tengah happy depan semua orang. being alone is easier. tak perlu nak pura-pura depan sesiapa. making excuses. "i'm fine" "tak ada apa-apalah" "i'm just tired" untuk sedapkan hati kau. the last thing they wanna see is orang yang dia sayang susah hati sebab dia. macamana tidur dia makin awal dan makin lama dari biasa. sebab mungkin, dengan tidur dia boleh lupakan dunia untuk sekejap. macamana keluhan dia makin kerap dari biasa. little did you know, setiap keluhan tu seolah-olah tengah bunuh hati dia. setiap pujian atau sweet words yang kau ucap, dia hanya akan balas "thank you" atau "mana ada" bila dia tengah yakinkan hati dia supaya tak percaya dengan ayat manis kau. here's a tip. even bila kau rasa macam syok sendiri atau dia macam layan nak taknak please just please keep on saying sweet things sebab dalam diam sebenarnya hati dia tengah cair. like how you say that she's beautiful. dia akan rasa itu semua langsung tak betul tapi itu tak bermakna she's not happy about it. walaupun dia ucap sesuatu dengan senyuman, beri perhatian pada mata yang tunduk dan pandangan yang melayang hilang jauh entah ke mana. pay attention. never look away. sebab semua benda ni hampir mustahil untuk dikesan unless you really love them.




"Don't be sad my love, i just go for a long trip" ♥
bila kau rasa orang yang kau sayang rasa semua ni, please be there for them. stay. itu saat yang dia paling perlukan kau. untuk kau layan dia berbeza dari cara dia layan kau. untuk kau tunjuk effort kau dekat dia. care pasal dia, puji dia and tell her how much you love her and please prove it. dia akan ucap macam-macam ayat yang deep dalam macam laut dan dia akan uji kesabaran kau tahap dewa. please don't get angry at her or swing kan mood kau. sebab kau tak tahu macamana dia rasa serbasalah lepas dia ucap semua tu tanpa fikir. if you ever do, marah dia. dia akan fikir apayang dia ucap dekat kau tak setanding dengan sakit yang kau pernah buat dekat dia. it will make things worst. dia akan terlintas semula semua benda yang pernah jadi and she will never forget.




what?
one thing that you should know, when she's broken dia akan expect semua orang akan blah dari hidup dia. dan bila kau tak blah, dia sendiri akan cuba buat kau blah untuk buktikan yang dia betul. but please, please don't. stay even if it's hard. mungkin bukan sekejap dan mungkin akan ambil masa yang lama. mungkin tahap kesabaran kau makin lama makin menipis dan mungkin kau akan terfikir untuk pergi.


Pinterest

but please stay. sebab bila satu hari nanti hati dia betul betul dah sembuh. kau sendiri akan terpaku dan masa seolah-olah terhenti bila semua tu muncul semula. kau akan terfikir "wow, dah lama tak nampak dia macamani" macamana cantiknya dia bila dia senyum seikhlas hati. macamana kau rasa nak hug dia everytime dia gelak sebab dia betul-betul happy. macamana manjanya dia bila dia buka hati dia semula. macamana perangai nakal dia bila dia nak bergurau dengan kau. macamana comelnya bila dia excited dengan something. semua kesabaran dan sakit yang kau rasa sekarang untuk fight for her akan worth it bila dia dah kembali semula. but it will take time so please, stay.



please don't give up sebab kalau kau pun fed up, dia pun akan sekali give up dengan diri dia sendiri. kalau kau dah berhenti cuba dapatkan hati dia semula, kau akan buat dia end up benci diri sendiri. salah dia kenapa semua orang pergi. she'll loose all her feelings and she'll be heartless for a long-long time.







seriamelia. Powered by Blogger.

Featured Post

Do you know how can i tell when you are sad?

"Do you know how can i tell when you are sad?" How? Did you know when you are sad, you tend to smile smile a lot mo...